Blogger Templates

Dec 27, 2011

Demi Masa!~

Hai semua...

Sesungguhnya, saat menunggu detik kelahiran baby ni mmg lama. Memakan masa 9 bulan +++. Tapi, bila tinggal lagi kurang 3 weeks je, masa tu dirasakan sgt panjang! Huh!~ aQ sudah tiada kesabaran untuk menunggu, Setiap hari dirasakan sgt lama! Masa 9 bulan lalu bleh plak tunggu. Rasanya tak der la lama sgt. Pelik plak. Hampir setiap hari dok belek baju baby. Belek-belek, lipat-lipat!~ Macam dah tak de kejew sgt aQ nih..Rasa cam nak gelakkan diri sendiri..Kah kah kah..!!!


Sekian...

Dec 19, 2011

~ Subhanallah~

Hai semua...

aQ tak tahu nak cite kat korang camne. Kalau tak share rasa rugi.. Nak kata benda ni berlaku pada sesetengah orang atau tak pon entah lah. Seelok-eloknya aQ share lah kan?!

Kisahnya berlaku petang semalam, masa ngah borak-borak ngn BABA kt beranda depan tu sambil usap-usap perut boyot ni. Skali aQ terpandang lah perut yang berisi BABy ni.. SUBHANALLAH... terkejut yang amat dan tergamam bile urat perut aQ terukir kalimah ALLAH. Agak jelas dan boleh dilihat. Saksi kejadian adk dan mak aQ. Pelik bin ajaib...!~ 

Itu yang aQ kompius sampai la terbawa-bawa lam mimpi semalam. Berita ni dah tersebar pada kakak dan abg ipar aQ. Kata abg ipar aQ, kalau zaman NABI dulu kala, bila dapat tanda macam tu, anak yang dilahirkan akan diangkat menjadi Nabi atau Rasul. Tapi Rasul terakhir kita kan Nabi Muhammad?! Opkos lah dh tak de Nabi lain selain Nabi Muhammas s.a.w... Subhanallah... sampai ke hari ni pon aQ dok pikir lagi dan ianya masih jelas kelihatan. Cuma gambar yang kami snap tu jadi pudar dan tak jelas. Yang pelik, masa kamera FOKUS jelas je gambarnya, just bila nk SNAP tu trus pudar. Ajaib......

So sorie sebab tak dapat nak tunjuk bukti kat sini. even dapat snap gambar tu semalam pon aQ mmg tak bleh nak upload gambar tu kat sini. AURAT...hee~ 

So, kejadian ni mungkin ada sesuatu disebaliknya yang mungkin kita tak tahu. Hanya DIA yang tahu kisah disebaliknya. aQ just mampu berdoa supaya anak dalam kandungan ni menjadi seorang insan yang  SOLEH, terdidik dengan ilmu-ilmu AGAMA dan menjadi insan yang BERGUNA di dunia dan di akhir nanti. InsyaALLAH..!~

Okey lah, stakat ni je yang mampu aQ share. Lain-lain story nanti aQ update ye! Doakan kesihatan dan keselamatan aQ dan baby ye kawan-kawan... LOVE U olls...


Sekian...~

....kini KEMBALI

Hai semua...


Agak dah lama jgk lah tak m'update blog kan?! Hurm...maklumlah..sejak dah masuk trimester ke-3 ni sudah tidak berapa nak larat menghadap lappy. So skunk ni kisah paling terbaru,  my hubby dh hantar balik kampung untuk bersiap sedia menunggu due untuk bersalin. 

Perasaan?!
*
*
*
Opkos la takut dan rasa agak seram sejuk. Sudah menjadi kebiasaan bagi mak-mak yang bru nk timang baby. Segala kelengkapan baby sume dah siap sedia. Cuma nak tggu kelahirannya saja. Saiz perut opkos dh membesar dan memboyot yang amat. Saiz badan tu tak usah cakap lah..dah macam belon udara pon. 

The good news is, due aQ ngn my lovely cat agak2 sma. Cuma nak tggu sapa dulu yang bersalin. Kami mmg sama-sama boolat macam belon. Mmg tak bleh nak disangkal lagi.

*
*
*
Salam Pantai Timur?!

Masa aQ sampai kampung 2 hari lepas ujan mmg xberhenti-henti berselang dengan angin kencang. Agak kencang actually..! Kata BABA, angin panggil air bajir tu. Ish.. risau jgk, kalau ditakdirkan baby nk t'kuar tyme banjir. Kampung aQ?! Mmg selalu bajir. tapi xsure la tahun ni naik tak airnya sbb benteng dh siap! Lau banjir pon syiok jgk. Dah lama tak maen air banjir..hihi...Doa-doa kan lah supaya baby selamat dilahirkan selepas atau sebelum banjir. Jangan tyme banjir sudah....HARUUUU....

OK lah readers...aQ stop sini dulu ye!~ Udah sakit pinggang ngadap lappy ni. Next tyme kita jumpe lagi.


LOVE u olls !~

Oct 7, 2011

Bajet 2012

Hai semua..

Jom sama sama mendengar perbentangan Bajet 2011. First tyme kot aQ excited nk thu sal bajet kali ni. Kot kot la ada rezki kat mana mana penjawat awam..hahaha..

Bersedia di depan kaca TV anda pada:

Tarikh: 7 Obtober 2011
Masa: 3ptg
Channel: Kebanyakkan channel pon siarkannya

Sekian..

Oct 4, 2011

Pilih yang BETUL

Hai semua..

Tadi aQ baru cek kt website SPR. SO, inilah hasilnya..



Tadaa..~

** Klik pada gambar untuk ENLARGE**


SO, apakah pilihan anda? aQ?! Hurm..belum pasti mana yang terbaek. Kecik hati dengan K********. Semuanya sebab posting. hahaha..Ada kaitan ke?! Memang ada. Ni kes idop mati aQ tau!..Jadi, apa yang penting untuk diri anda dan masa depan, buatlah pilihan yang TEPAT. Love u olls.

Sekian..

~PMR~

Hai semua..

Dari semalam lagi aQ rasa gementar. Walaupun bukan diri ini yg menduduki PMR tp rasa risau dan takut mewakili adk laki aQ tu. Malam td try jgk msj tanya dia tgh bt apa. Tau apa dia jwb?! "Baru sudah study skit td. Relax jap. Tak leh stress sgt study ni". Okey fine..Lam 30min pastu dia msj aQ ckp "Kak, rsa  chuak ah". Hahahahaha.. aQ tolong gelakkan dia. Jahat tak?! Tadi bukan maen b'lagak. Sebelum tu adk pmpn aQ yg tgh study kt UM tu msj ckp adk ngah 'chuak' tu. Adk tak gtau aQ pon, sbb dia dh tau aQ akan gelakkan dia.

Lebey kurang seminggu jugak lah aQ ada kat kampung. Alasannya, nak ngaja adk utk PMR. Sambil menyelam minum air lah kan. Sebenarnya rindu kat Mummy & Baba. Tapi serba salah jugak, sbb aQ balik sorg. Tinggalkan Incik Suami sorang sorang kt sni. Entah makan ke idak. Tapi Incik Suami izinkan je. Hurm..I'm SORRY Bie..

Sepanjang masa kat rumah tu aQ hanya sempat ajar adk Math dan Sains. Tapi mostly, Math lah. Sebabnya adk mmg lemah Math. Hope every single things yang aQ ajar tu lekat la lam otak dia. Adk bukannya tak pandai, tp kurang rajin je. Maklumlah laki kan. 

So, bermulalah first paper pagi td, lam kul8 pagi cam tu. Paper 1 BM. Pagi pagi lg aQ kol adk wish good luck! He's fine and sounds that he was okey to sit the first paper until this evening, which his last paper for today, that's gonna be PAI. Moga moga dia dipermudahkan untuk today's paper and the next paper. Kali ni, PMR lebey kurang seminggu. And it's end up next week with Math, which will be on Monday. Pastu adk dah merdeka. Janjinya nak dtg sini dok ngan aQ barang seminggu dua. Dah banyak kerja menanti actually. Nak suh dia paku sana, paku sini., tebuk sana tebuk sini. Maklumlah, Incik Suami mana lah sempat nak buat semua tu. Hurm..~

Okey lah, cukup sampai di sini. Nak ckp bnyk pon bukannya korang nak baca pon bebelan aQ kan. Sama sama lah kita doakan mereka yang menduduki PMR hari ni. Semoga mereka diberikan ketenangan dan dipermudahkan olehNYA..Di sini disertakan juga Jadual Peperiksaan PMR 2011. Just click je link tu eh. Selamat mencuba! Love u olls..

Sekian..

Oct 3, 2011

Pabila kita LUPA

Hai semua..

Entry ni tak de kaitan samada yang masih hidup atau yang telah pergi okey! Tujuan entry ni dibuat adalah bagi menginsafi diri sendiri yang mungkin telah lupa dosa dan pahala. Bagaimanapun, apa yang kita lakukan mesti berlandaskan hukum syarak! 

So, nikmatilah video ni..~

"Taubat Seorang Hamba"

Irsyadee feat Hafiz Hamidun


(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...



(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...



Sekian..

Oct 2, 2011

Puding Caramel yang enak!

Hai semua.. 

Hari ni terasa rajin plak nak masak lebih. So, tetiba dpt idea bernas! Nak masak Puding Caremel yang sangat enak. Loyang dh ada. Bahan semua dh ada. Cukup! Then, bleh la kejap lagi kita buat sebelum Incik Suami balik lunch. But, sebelum tu aQ mahu menidurkan diri dulu. hihi.. Penat semalam pon tak abis lagi. Kecian Incik Suami kena drive bawak kete manual (my VIVA) from Kelantan to Puchong. Lebiu lah Bie!~

Cerita pasal loyang ni plak, actually loyang ni came from Kelantan. My mummy yang punye. Aq sebat je yang ada kat umah mummy sbb nak beli pon rasa tak berbaloi. Steamer dh lama beli. Beli tyme pegi jalan jalan kt Mundok hari tu. Lagi spesifik masa raya ke-3. Kami satu family termasuk mummy ngan adik adik aQ ber'shopping' sakan kat sana. Baba plak tido lam keta kat seberang! Banyak jgk Incik Suami kehilangaan uang! hahaha.. Maaf ye! Bukan apa, barang yang kami beli tu banyak sangat. Mana tak nya. Narita dh dua, steamer lagi, mosquito net pon dua jugak! Sangat banyak okey! Gila jugak tgk bakul bakul dan barangan baby. Tapi dh kehabisan uang! Kat sana tak de ATM okeyh! So, pada yang berminat untuk ke sana, cucuk ATM anda siap siap. Kalau boleh kosongkan ATM tu trus! Berbaloi baloi.. Terbaekk!

Aiyoo.. ini entry untuk Puding Caremel sebenarnya. Tapi dah terlanjur cerita kisah kt Mundok lak. I'm SORRY ye rakan pembaca! Enjoy it..!~ Lastly, selamat mencuba Puding Caremel. Pada yang tak gheti nk bt, find out the recipe lam google jer. Sonang kan?!

Sekian..

Dating a.k.a Ber'gewam'

Hai semua..

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aQ dan Incik Suami akan ke pantai hari Jumaat kan? So, kami dh tunaikan janji kami. Sangat seronok dan dapat bergumbira bersama sama. Tak lupa juga membawa seorang kamreman, adik kesayangan aQ! Mudah dan senang untuk capture picca kami..Itu tujuan sebenar. haha..Maaf sang adik. "Kakakmu ini mmg begini". hihi..

Makan 'colek' buah

So, inilah kerja si ibu mengandung pabila terjumpa 'colek' buah. Makan sampai lupa Incik Suami yang kusyuk sgt tgk pertunjukan ular dgn adik!~ Sangat kecian pada Incik Suami, bila datang nk makan 'colek', semuanya aQ dah telan! Kui3.. Maaf bie!~


Si Suami dan Si Adik yang kusyuk!

Pertunjukan ular: Aksi mencium ular senduk

Hurm, penat yang amat sebab kena jalan jauh dari tempat parking kereta. Hari jumaat mmg ramai orang kt pantai ni. Pantai mana?! PCB lah. Dulu pantai ni cantik dan indah. Tapi lani macam dh terhakis sket. But, still ok lah. Alhamdulillah. Sangat nyaman dan tenang kt sini walaupun sekejap sebab hari nak hujan. Kami sempat snap snap dua tiga keping gambar je! Enjoy it..!~

 Bersama layang layang chantek!

 Nice view

 Makan dan snap snap

 Kacau daun jap! nak snap gambar bersama Incik Suami yang asyik dengan Pertunjukan Ular

 Mahu kacau lgi. Credit to adik yang snap picca ni.

 Perut memboyot.

 Incik Suami mahu melarikan diri

 Eskrem tyme! Kongsi.

 Makan sorang!


So, diharap korang terhibur. Malas nk cite panjang. Dah tahu yang korang tak kan baca pon! tgk gambar je kan?! Hope enjoy lah. Love u olls

Sekian..

BooLaT..~

Hai semua..

Hurm..nak jadikan cite! Aq mmg dh makin boolat lani. Semua dh thu dh kan?! haha...So, untuk bertambah ke'boolat'an aQ, maka suami tercheta dh belikan sebiji buku AJAIB ni.

44 Menu pilihan 9 bulan 10 hari

Maka, dgn bangganya, keboolatan aQ akan segera bertambah..Fuiyooo! Terbaekk..!~ Secara ringkasnya, buku ni mengisahkan 44 menu pilihan untuk ibu mengandung macam aQ nih. Semua menu adalah menu SIHAT dan bertaraf LAZAT yang amat..Ye ke?! Makanan org ngandung ni biasanya tak leh minyak minyak dan pedas pedas, semuanya kena rebus, bakar dan bersifat sup sup! Best jgk..hahaha..

Tapi..kecian kat my hubby kena makan masakan ibu mengandung jgk la nampaknya! Padan muka!~ Sapa suh belikan buku tu..hihi..Actually, aQ sebenarnya dh muak ngan masakan yang biasanya aQ masak hari hari. Nak jgk perubahan kan?! Boolat a.k.a gemok pon tak pa lah. Org ckp boolat mengandung ni shomell banding ngan sebelum ngandung! Betul kan?! Kalau dulu perut muncit sket dh kalut. Bukan aQ je, kawan kawan yg lain pon sama! Kami mmg sepakat..haha..

Okey lah, dah tak de apa yg nak dicerita kan lagi. Doakan aQ selamat menjalani hidup sebagai seorang ibu mengandung ye!~ Semoga dapat masak yang SEDAP sedap untuk aQ dan hubby terchenta!

Sekian..

Sep 29, 2011

Dia anugerah dariNYA

Hai semua..

Hihihi..baru je pas balik dari klinik td. So, dh scan n cek pewot. Everything okeyh! Relief...Alhamdulillah...Allah kurniakan kami zuriat yg sihat. Tadi first tyme kakak aQ bagi dgr degupan jantung baby.. Lucu banget.."dup..dup..dup.." lajuuuuuu...macam F1..hee... Alhamdulillah.. :))

 13 weeks old

First tyme scan mmg teroverEXCITED okeyh! gambar pon dh pudar sbb dh lama sgt lam buku PINK.

20 weeks old 
 
 21 weeks old

24 weeks old

Here it is..!~ The latest picca of my bby to be. Just bahagian "tut" yang kakak aQ print coz bby dh beso and scanner xleh nk fokus overall picca! But then, syukur alhamdulillah bby kami sihat walafiat..~ Kuat menendang yang amat lah..

Hurm..one more things, berat mama baby pon bertambah yang amat lah mendadak..Penyebab utamanya KUAT MAKAN..my hubby ske belikan makanan mostly dari hasil tenusu, bijirin, sayuran dan buahan..! So kesimpulannya, berat dh bertambah 6kg dari awal kehamilan..Yahuuu~ Satu kejayaan yg amat memberangsangkan..hahaha..So pasni, kena kawal makan sket tp still yg berkhasiat..Orang kata ibu mengandung mmg xleh lapar sket. Dok diam diam mulut mesti gerak gerak sbb dok ngunyah. Syabas ibu mengandung!~

The next appointment 27/10/2011, after Depavaali..Tyme tu mayb kena cucuk!~ Huish..sakitttt..Tak pa..demi baby terchenta! Terbaekkkk!~

Sekian..


Sep 28, 2011

~Bila ADIK baca buku~

Hai semua..

Hurm.. ni lah al-kesahnya nape aQ balik kampung! Nak ngajar adk yg PMRnya lagi 6hari dari tarikh entry ni ditulis..~  Sangat excited okey! Hahahaha...untuk jadi CIKGU sementara waktu kt umh, memandangkan posting yg entah bila akan kunjung tiba!~

So, inilah buktinya "Bila ADIK baca buku"...

Adik yg tekun belajar..~ Kalah awe si kucing comot. Pemalas! Tido je kejanya..!

Sekian..

Esok..~

Hai semua..

Okey..~ harini mmg hari yg plg indah sbb nk tggu esk "Khamis". En. Suami mahu dtg jemput Pn. Isteri dirumah maknya..Yuhuu..~

Hati sgt gumbira dan rasa mcm bru kawen! Wahh..tetibe jerk..mustahil..

So, rancangan utk hari Jumaat (coz hari tu je yg free) kita g PANTAI. Yay! Terasa nak dgr deruan ombak plak. Baby lam perut ni pon mahukan ketenangan jgk! 

New updates nati2 lah sbb rasa sgt bahagia skrg.. So, x leh cite panjang nati meleret2. Tggu lah ketibaan entry seterusnya, takut2 ada picca picca yg menarik kt pantai nanti. Yay! Sesamalah kita doakan keselamatan perjalanan Incik Suami..Love You~

Sekian..

Sep 26, 2011

Mode..!

Hai semua..

New entry lagi..Mode apa nih?! Well..mood nk sambung blaja dtg lg. So utk sambung Ijazah Sarjana kita kena pilih MODE. Dulu masa Ijazah Sarjana Muda mode maen hantam ja! Mode atau mood tu dtg dan pergi sesuka hati dia je..tyme nk blaja kita blaja, tyme nk maen kita maen! kua3.. Sgt seronok okey!

Aiyoo..~ Okeyh! Straight to the point utk entry kali ni.. Sebenarnya tgh kompius nk bt pilihan utk mode Master ni. Mode A ke Mode B ke Mode C?! Haiyaa..Camna nk pilih mode ni eh? Kena ikut kos yg kita pilih ke? Kalau tak perlu ikut kos nk ikut apa? Ikut hati eh?! Hurm...

Someone...~ Pliss..sesapa yg tau sal ni..huhu..DO ME A FAVOUR..Explain la sesikit sal ni..

Haa..lau tnya cikgu pon ok jgk kn? No, I mean cikgu skola dulu. Kot la depa tau. Yuhuu..!~Boley ke?! Try la kan. Mana tau rezeki BABY lam perut ni. Hurm..Application form bulan 3/4 thn depan bru kuar. Lau rezeki posting tiba kita keje dulu..Kan?!

Haish..baby menendang plak. Apakah?! Hurm..baby marah mama nk sambung study kah? Ke baby stuju ngn mama? hee..Okey~ demi negara yg tercinta jom sambung blaja! Wahh....tetibe je senggamat plak..hihi..demi masa depan family kita kena ada hala tuju dan rancangan yg betul..Dok gitu?!

Mode..~

Hahaha..Kesimpulannya, kena buat beberapa research lg la sal Master a.k.a Ijazah Sarjana ni. Hurm..So, jgn cpt putus asa. Teruskan usaha anda..Yahuu~...

Sekian...

Sep 20, 2011

Pulang~

Hai semua..

Hurm..sedey lak rasanya nk tinggalkan sang suami seorang diri. Sang isteri mahu pulang ke kampung halaman atas tujuan tertentu. Sang suami sila jaga diri anda ye! Sob..sob..sob.

Take care dear! 
1. Sila jaga diri anda.
2. Sila makan ikut waktu.
3. Sila tido awal.
4. Sila siram pokok cili mama.

Uwaa...nati mst sang istri rindu sang suami. LOVE you dear!
      P/S: Sila jemput saya cepat2 ye!

Sekian.

Sep 17, 2011

Hari yg amat memenatkan!

Hai semua.. 

Semalam dgn jayanya aQ dh menjelajahi Karnival Kerjaya yg diadakan dkt MidValley. Kebetulan masa tu mahu m'jemput adk pmpn aQ kt UM. So kami singgah dulu di MidValley jp. Kejap ke?! Fuhh penat sgt..Pasalnya kami jalan kaki, naek turun tangga and LRT utk sampai ke sana. Ni sume gara-gara nk lari dr jalan jam sbb smlm adalah sambutan Hari Malaysia. Penat, tapi amat seronok. Yuhuu...

Infront of MCTF'11


You know what?! aQ dh nmpk jalan dan cahaya dh. Sgt seronok sbb masa depan aQ i'allah akan terlaksana thn depan. You go gurl...! Rahsia dulu. Tak mau ckp lg apa dia. Tunggu dan lihat next year! YES..!

Ooohooo...secara tak sengaja, pabila sudah boring aQ ngn adk telah ke satu lokasi syiok meninggalkan suami tercinta. haha..Maaf bie..Nak tahu kami ke mana?! Tadaaaaa....




Haa...kami jumpa kedai ToysRus ni..kua3. Bila melangkah masuk sana, fuhh..macam2 adaa.. Bagai nk gila tgk mainan kt sana. Kami picit2, tekan2, pegang2...Wow! salah satu benda yg menarik perhatian adalah Baby's Alive tu. Dulu masa kecik2 xde peluang nk maen. So skrg apa lg.haha...

Salah satu baby dolls from Baby's Alive product.


Okey..then kami menjelajah bnyk area kt sana ToysRus tu. Tetibe je kaki ni melekat dekat area baby born ni.

For those yg bakal bergelar ibu like me, do visit this website. Just click the picca above! Macam2 yg akan korang dpt from that website. Beli la brg2 kt sana utk baby korg. Kompem korg xkan nyesal. Harga pon not that BAD la..Enjoy it..!


Opss..! Sempat jgk aQ ambk bbrp kpg gmbr kt ToysRus tu. Tapi xbnyk la yg boleh d'UPLOAD. haha..So, these are some picca of mine! Do enjoy it! Love u olls..




Sekian..

Sep 14, 2011

Mengintai sejenak

Hai semua..

Bukan nk intai apa, tapi tetibe je jari ni nk tekan website UM. Kot2 ada rezeki nk sambung belaja kt sana. UPSI? Dah mls nk ingt kisah2 kt sana. Nightmare..huhu. Kalau boleh nk lupakan semua. Pasal apa? Pasal xda apa yg menarik pon kt sna..cehh, jahat sungguh.

Nak mencuba nasib kt UM plak. Kebetulan adk aQ pon tgh belajar kt sana. Masih ada peluang ke aQ utk ke sana? Nak sambung Ijazah Sarjana a.k.a Master plak. Tapi rasanya pengambilan baru dh mula mendaftar. Ada lagi ke peluang untuk aQ? Menyesal untuk tidak memohon lebih awal. Ini semua gara-gara KPM. Menunggu sesuatu yg belum pasti dapat. Hurm..Menyesal..Redha dan pasrah atas ujianNya.

Tapi kalau aQ nak sambung belajar, boleh ke mintak kos selain dari Education?Ke mmg itu je peluang yg ada? Hurm... kalau boleh aQ xnak libatkan diri dalam dunia edu lg. Nak kata dh serik tu agaklaa..Tapi mahu mencuba sesuatu yg baru, bidang baru, nafas baru dengan lebih mendalam lagi. Minat sgt dengan Organic Chemistry, kalau boleh nk belajar mendalam lagi pasal tu. Seronok..Tapi kalau xde rezeki dalam bidang tu, edu pon jadi lah. 

Mahu menyelusuri lagi website Faculty of Education and Faculty of Science. Tapi Fakulti Sains kt UM ni mcm xde je apa yg ak minat. Tak pe la..At least kita cuba..

Selamat mencuba..!
Sekian..

Ada kaitan ker?!

Hai semua..

Eee....menyampahnya.. apa kaitannya pembekuan penjawat awam dgn undi mengundi nih? Abeh tu knapa dulu tubuhkan sistem pendidikan. Macam HARAM je. Menyakitkan hati je. Mmg nk meluahkan perasaan tak berpuas hati pon. Pasal apa?! Sana sini org dok tnya " Bila posting?". Apa aQ nk jwb? Esk posting? Tahun depan posting? Tak thu bila? Bila2 pon bleh posting? Cam t*** je.. huhu..Ni lah keluhan hati graduan pendidik. Dh bersawang pon sijil yg ak dapat tu. Nk bt apa ngn sijil tu? Nak mintak keje lain selain bidang pendidikan mne layak! Haish...



Mana nak simpan sijil ni? Mmg xlaku eh? Hurm....keciann...

Keluhan lagi.~

Hurm..Nasib badan la. 4thn bertungkus lumus perah otak blaja macam2 tp ini yg ak dpt. Allah mmg nk uji setiap hambanya. Hope ujian ni boleh tingkatkan lagi tahap keimanan kami. Bersabar jela. Hurm...kalau mengeluh lagu ni mmg xdpt bt apa kan? Bak kata ayh aQ jgn mengeluh, sabar dan cri jalan lain. Masalahnya macam xde jalan lain je. Rugi tol tolak guru sandaran kt Putrajaya hari tu.. uwaa....rugi..rugi..rugi..

"Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat."

Sekian..

~Shomell~

Hai semua..

Sj je nk kongsi cite sal baby. Dh xde keje sgt kn pg ni. Dh kemas rumah, dh kemas dapur, suami pon dh g keje. So skrg melepak depan TV sambil b'belog.


Hurmm..gambar bby kt ats ni mmg shomell kan. Kat google je ni. You olls try la search tgk. Mst geram sgt2. Back to the true story of this entry, my baby keep moving je since I wake up early in this morning. Hurm...kalau mak2 yg dh penah ngandung tu mmg tahu apa rsa nya. GELI..hahaha..Kuat sgt dia dia menendang. He's only 5months old. Tak tau la bile dh 7,8 bln nati. hik3. 

Orang kata kalau bby gerak maknanya dia sihat. BETUL KE? Boleh caya ka? Boleh kot. Hope my bby sihat dan dilahirkan sempurna! Doakan ye kawan2..Love u olls..

Sekian..

Sep 13, 2011

Apa kerJa?!

Hai semua..


Mmg la pening kalau nk difikirkan ttg kerja. Sudah dapat segulung ijazah ada pulak masalah lain yang timbul. Ape sebenarnya masalah "sistem pendidikan negara" kita ni. Lambakan guru ke? Tapi kenapa masih ada lagi permintaan untuk jadi guru ganti, guru sandaran and what so ever tu. Daku xphm lgsg. Apa salah kami para graduan UPSI?! Merintih..Udah tidak tahan lagi menanam anggur dirumah. Entah bila mahu di harvest sbb tidak langsung menampakkan hasil. Kalau tahu dr dulu pas dpt IJAZAH kena tanam anggur, dh lama aQ masuk UPM. Agaknya sekarang ni aQ dh kaya raya m'havest hasil tanaman aQ. Maklumlah dh jadi "petani moden'. huhu.. Merintih lagi..

"People are always available for work in the past tense."
 
aQ rasa website yg paling hangat untuk bulan ini adalah www.moe.gov.my. Sbb kami xpernah mengaku kalah (padahal dalam hati mengutuk yg berkenaan). Asal bukak je website ni aQ mesti nk tgk e-PERKHIDMATAN. Pasai apa?! Sbb berkobar2 nk isi form posting.. muahaha.. Tapi selalunya hampa yang aQ dapat. It's ok.. PASRAH lg...Dh biasaaa....
 
"The harder I work the luckier I get."

MORAL of the story:
Semoga kami para graduan UPSI cepat dapat penempatan. Tak kira lah di mana mereka ingin mencampak kami. Kami redha. PASRAH lagi...

usaha keras!

Hai semua..

Now, I tgh berusaha keras utk collect all the new photo collections of mine. B'coz some of my friends dh bising sbb not update my picca lam Fesbuk dek kerana masa yg tak mengizinkan. So, to my beloved friends just wait for my becoming photo collections especially my maternity photos. Do FOLLOW me on this blog for futher information 'bout the picca. 

Love u olls !

Mar 28, 2011

++ A Day Before My Big Day ++

Salam.

Pada 17 Mac 2011 baru-baru ni telah berlangsung Majlis Perkahwinan antara pasangan Nur Nadiah Ibrahim dan Ahmad Nasron Mohd Nasir . Okey tamat sudah ayat skemanya, skrg kite menuju ke ayat pembunuh seterusnya.

Alhamulillah.. hanya dgn skali lafaz aQ telah sah menjadi isteri kpd suami saya. hi3. Majlis berlangsung secara sederhana tp agak meriah jgk. 

Sabtu (12 Mac 2011)

Mahu cite sket ni, ada kisah sedey sebelum majlis ni berlangsung. pada 12 Mac 2011 aQ telah selamat tiba di stesen bas Kota Bharu dengan membawa gelaran 'bakal pengantin'. Dengan badan yang penat, aQ dgn semangatnya jgk lah ke Hospital Raja Perempuan Zainab 1 untuk menjemput makcik kesayangan ku yg telah sekian lama tinggal bersama kami sekeluarga. "Ma", nama panggilan makcik. Ma dh lama menghidap fibroid, tp bile operate fibroid tu, doktor dpt kesan kanser plak..hu3. "KANSER PANGKAL RAHIM"  kanser kedua selepas kanser payudara. Dh stage ke-4..kanser dh merebak keseluruh badan Ma.

NAK dijadikan cite, sesampainya kt spital, kami menjemput Ma balik sbb doktor bagi Ma cuti khas utk majlis kawen aQ ni. keadaan Ma waktu tu mmg xberapa elok. Ma dh xbley jalan. Tp aQ sronok bile tgk Ma hepi sbb dpt balik join same2 majlis tu. 



Ahad (13 Mac 2011)

Ma seperti biasa, masih boleh bercakap. Masih boleh kami papah ke toilet. Masih boleh borak dan makan. Masih boleh duduk di kerusi.



Isnin (14 Mac 2011)

Keesokan harinya, masa Majlis Khatam Quran, Ma sempat la tgk aQ dan adk2 khatam Quran, tp keadaan Ma masa tu membimbangkan kami sekeluarga. 



 Selasa (15 Mac 2011)

Pada hari Selasa tu, kami makin runsing bile Ma makin xbleh nk bercakap.Keadaah Ma makin PARAH. Kami bt keputusan utk hantar Ma ke spital balik wlpn Ma xnak. Ma mmg xnk g spital lg. hu3. Tp kami terpaksa sbb kami SAYANG Ma. Masa ambulance dtg, nasib bek ada KAK (kakak sulung). Dia yg uruskan semua. Masa Ma diusung tu Ma sempat tgk aQ, tp Ma xleh nk berkata-kata. Keadaan Ma makin parah a.k.a NAZAK. huk3. Masa tu KAK TA (jurusolek dan pelamin) kol ckp nk dtg ptg tu utk psg pelamin. Hati aQ runsing dgn keadaan Ma. Waktu tu dh tk pk sal majlis tu. PELAMIN?! ape nk jd. MA?! ak lg risau. Ma mcm nk ckp sst sblm die diusung masuk ke dalam ambulance. Tp ak xphm.. Ma dimasukkan ke wad KECEMASAN. Ma bernafas menggunakan mesin OKSIGEN. Ma makin TENAT..hu3.




Rabu (16 Mac 2011)

Pagi itu, kami membuat persiapan. kata Baba, masa majlis esok kita kena gilir-gilir jaga Ma. aQ dan suami dh pakat-pakat utk ke hospital walaupun sekejap selepas majlis Akad Nikah. Malam tu Kak jaga Ma sampai tgh hari. Ina (akak no-3) ke spital utk tukar shift. Kak bisik kt tlinga Ma, "Ma..Kak nk balik dh ni. Ina ada tu jaga Ma. ptg nt Kak dtg balik jaga Ma".. Kak kata air mata Ma mengalir menunjukkan sesuatu, Ma tk bley ckp. tp mata Ma menunjukkan sesuatu yg kita xphm. hu3. Kak kemas brg2 die. Masa ngah ngemas Ma muntah HITAM. Kak cakap kt Ma "Ma.. Kak tk jadi balik, kak tunggu Ma, Ma kena kuat"..Masa tu aQ ngah sibuk bt persiapan.Tolong Mi kemas rumah. Tetibe Kak kol, Kak cakap " Kak Nur, kalau nk tgk Ma dtg spital cpt, Kak rasa Ma dh xlama, Ma dh muntah".. Tgn aQ terketar2.. handfon jatuh. aQ berlari turun bawah pelok Mi, cakap pelan2 kt Mi ngn Baba td Kak kol. Mi mcm nk pengsan. Pelukan aQ makin kuat. Kami tiba di hospital kira2 jam 2.45 ptg. Kami tk tahan melihat keadaan Ma. sampai bila2 akan aQ kenang peristiwa ni, Ma dh macam mak kami. Kami lah anak dan kamilah kuarga Ma. Ma tk de sesape. Ma sebatang kara. Kami lah penyeri hidup Ma. Hanya bacaan YASSIN dan ucapan kalimah LAILAHAILLAH berselang seli dgn air mata kedengaran. Tepat jam 3.34 ptg mesin tu menunjukkan _______________ satu garisan lurus. Tangisan kami makin kuat kedenganran. aQ dan Adda (adk) berpelukan. Kami memapah Mi, sbb keadaan Mi agak kurang stabil. Maklumlah Ma adalah adk dan kawannya yg paling rapat. Keadaan yg pilu diselubungi air mata berpanjangan sehingga majlis pengkebumian Ma ptg tu. aQ adalah insan yg paling sedey. Esoknya Majlis Perkahwinan aQ tp Ma tiada disisi. Semangat Ma utk pulang bersama-sama meraikan majlis tu dh berakhir. aQ REDHA atas pemergian Ma. 

" Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka."  


... AMIN ...