Blogger Templates

Mar 28, 2011

++ A Day Before My Big Day ++

Salam.

Pada 17 Mac 2011 baru-baru ni telah berlangsung Majlis Perkahwinan antara pasangan Nur Nadiah Ibrahim dan Ahmad Nasron Mohd Nasir . Okey tamat sudah ayat skemanya, skrg kite menuju ke ayat pembunuh seterusnya.

Alhamulillah.. hanya dgn skali lafaz aQ telah sah menjadi isteri kpd suami saya. hi3. Majlis berlangsung secara sederhana tp agak meriah jgk. 

Sabtu (12 Mac 2011)

Mahu cite sket ni, ada kisah sedey sebelum majlis ni berlangsung. pada 12 Mac 2011 aQ telah selamat tiba di stesen bas Kota Bharu dengan membawa gelaran 'bakal pengantin'. Dengan badan yang penat, aQ dgn semangatnya jgk lah ke Hospital Raja Perempuan Zainab 1 untuk menjemput makcik kesayangan ku yg telah sekian lama tinggal bersama kami sekeluarga. "Ma", nama panggilan makcik. Ma dh lama menghidap fibroid, tp bile operate fibroid tu, doktor dpt kesan kanser plak..hu3. "KANSER PANGKAL RAHIM"  kanser kedua selepas kanser payudara. Dh stage ke-4..kanser dh merebak keseluruh badan Ma.

NAK dijadikan cite, sesampainya kt spital, kami menjemput Ma balik sbb doktor bagi Ma cuti khas utk majlis kawen aQ ni. keadaan Ma waktu tu mmg xberapa elok. Ma dh xbley jalan. Tp aQ sronok bile tgk Ma hepi sbb dpt balik join same2 majlis tu. 



Ahad (13 Mac 2011)

Ma seperti biasa, masih boleh bercakap. Masih boleh kami papah ke toilet. Masih boleh borak dan makan. Masih boleh duduk di kerusi.



Isnin (14 Mac 2011)

Keesokan harinya, masa Majlis Khatam Quran, Ma sempat la tgk aQ dan adk2 khatam Quran, tp keadaan Ma masa tu membimbangkan kami sekeluarga. 



 Selasa (15 Mac 2011)

Pada hari Selasa tu, kami makin runsing bile Ma makin xbleh nk bercakap.Keadaah Ma makin PARAH. Kami bt keputusan utk hantar Ma ke spital balik wlpn Ma xnak. Ma mmg xnk g spital lg. hu3. Tp kami terpaksa sbb kami SAYANG Ma. Masa ambulance dtg, nasib bek ada KAK (kakak sulung). Dia yg uruskan semua. Masa Ma diusung tu Ma sempat tgk aQ, tp Ma xleh nk berkata-kata. Keadaan Ma makin parah a.k.a NAZAK. huk3. Masa tu KAK TA (jurusolek dan pelamin) kol ckp nk dtg ptg tu utk psg pelamin. Hati aQ runsing dgn keadaan Ma. Waktu tu dh tk pk sal majlis tu. PELAMIN?! ape nk jd. MA?! ak lg risau. Ma mcm nk ckp sst sblm die diusung masuk ke dalam ambulance. Tp ak xphm.. Ma dimasukkan ke wad KECEMASAN. Ma bernafas menggunakan mesin OKSIGEN. Ma makin TENAT..hu3.




Rabu (16 Mac 2011)

Pagi itu, kami membuat persiapan. kata Baba, masa majlis esok kita kena gilir-gilir jaga Ma. aQ dan suami dh pakat-pakat utk ke hospital walaupun sekejap selepas majlis Akad Nikah. Malam tu Kak jaga Ma sampai tgh hari. Ina (akak no-3) ke spital utk tukar shift. Kak bisik kt tlinga Ma, "Ma..Kak nk balik dh ni. Ina ada tu jaga Ma. ptg nt Kak dtg balik jaga Ma".. Kak kata air mata Ma mengalir menunjukkan sesuatu, Ma tk bley ckp. tp mata Ma menunjukkan sesuatu yg kita xphm. hu3. Kak kemas brg2 die. Masa ngah ngemas Ma muntah HITAM. Kak cakap kt Ma "Ma.. Kak tk jadi balik, kak tunggu Ma, Ma kena kuat"..Masa tu aQ ngah sibuk bt persiapan.Tolong Mi kemas rumah. Tetibe Kak kol, Kak cakap " Kak Nur, kalau nk tgk Ma dtg spital cpt, Kak rasa Ma dh xlama, Ma dh muntah".. Tgn aQ terketar2.. handfon jatuh. aQ berlari turun bawah pelok Mi, cakap pelan2 kt Mi ngn Baba td Kak kol. Mi mcm nk pengsan. Pelukan aQ makin kuat. Kami tiba di hospital kira2 jam 2.45 ptg. Kami tk tahan melihat keadaan Ma. sampai bila2 akan aQ kenang peristiwa ni, Ma dh macam mak kami. Kami lah anak dan kamilah kuarga Ma. Ma tk de sesape. Ma sebatang kara. Kami lah penyeri hidup Ma. Hanya bacaan YASSIN dan ucapan kalimah LAILAHAILLAH berselang seli dgn air mata kedengaran. Tepat jam 3.34 ptg mesin tu menunjukkan _______________ satu garisan lurus. Tangisan kami makin kuat kedenganran. aQ dan Adda (adk) berpelukan. Kami memapah Mi, sbb keadaan Mi agak kurang stabil. Maklumlah Ma adalah adk dan kawannya yg paling rapat. Keadaan yg pilu diselubungi air mata berpanjangan sehingga majlis pengkebumian Ma ptg tu. aQ adalah insan yg paling sedey. Esoknya Majlis Perkahwinan aQ tp Ma tiada disisi. Semangat Ma utk pulang bersama-sama meraikan majlis tu dh berakhir. aQ REDHA atas pemergian Ma. 

" Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka."  


... AMIN ...