Blogger Templates

::..DOA dan AMALAN semasa hamil..::

Hai semua..

Hari ni sangat lah rajin untuk mengupdate blog! SO, untuk ruangan "Cherita Muka Baru 50sen" pada kali ini akan memaparkan Doa dan Amalan semasa hamil khas untuk ibu ibu mengandung diluar sana!~ Artikel ni pon diambil dari internet. Tapi, untuk memudahkan para pembaca, aQ dah ringkaskannya! Jadi selamat menjamu selera readers..!

Surah surah amalan:
Surah Yusuf 
untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman 
untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin 
untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam 
untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat 
untuk membanyakkan susu ibu


Doa semasa hamil:
"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Pada rakan pembaca sekalian, ikutilah amalan amalan yang sepatutnya bagi seorang ibu mengandung. Carilah pelbagai maklumat samada dalam internet mahupun buku buku. Semoga anak yang dikandung akan menjadi aset kita diakhirat kelak. InsyaALLAH..

Sekian..