Blogger Templates

Dec 27, 2011

Demi Masa!~

Hai semua...

Sesungguhnya, saat menunggu detik kelahiran baby ni mmg lama. Memakan masa 9 bulan +++. Tapi, bila tinggal lagi kurang 3 weeks je, masa tu dirasakan sgt panjang! Huh!~ aQ sudah tiada kesabaran untuk menunggu, Setiap hari dirasakan sgt lama! Masa 9 bulan lalu bleh plak tunggu. Rasanya tak der la lama sgt. Pelik plak. Hampir setiap hari dok belek baju baby. Belek-belek, lipat-lipat!~ Macam dah tak de kejew sgt aQ nih..Rasa cam nak gelakkan diri sendiri..Kah kah kah..!!!


Sekian...

Dec 19, 2011

~ Subhanallah~

Hai semua...

aQ tak tahu nak cite kat korang camne. Kalau tak share rasa rugi.. Nak kata benda ni berlaku pada sesetengah orang atau tak pon entah lah. Seelok-eloknya aQ share lah kan?!

Kisahnya berlaku petang semalam, masa ngah borak-borak ngn BABA kt beranda depan tu sambil usap-usap perut boyot ni. Skali aQ terpandang lah perut yang berisi BABy ni.. SUBHANALLAH... terkejut yang amat dan tergamam bile urat perut aQ terukir kalimah ALLAH. Agak jelas dan boleh dilihat. Saksi kejadian adk dan mak aQ. Pelik bin ajaib...!~ 

Itu yang aQ kompius sampai la terbawa-bawa lam mimpi semalam. Berita ni dah tersebar pada kakak dan abg ipar aQ. Kata abg ipar aQ, kalau zaman NABI dulu kala, bila dapat tanda macam tu, anak yang dilahirkan akan diangkat menjadi Nabi atau Rasul. Tapi Rasul terakhir kita kan Nabi Muhammad?! Opkos lah dh tak de Nabi lain selain Nabi Muhammas s.a.w... Subhanallah... sampai ke hari ni pon aQ dok pikir lagi dan ianya masih jelas kelihatan. Cuma gambar yang kami snap tu jadi pudar dan tak jelas. Yang pelik, masa kamera FOKUS jelas je gambarnya, just bila nk SNAP tu trus pudar. Ajaib......

So sorie sebab tak dapat nak tunjuk bukti kat sini. even dapat snap gambar tu semalam pon aQ mmg tak bleh nak upload gambar tu kat sini. AURAT...hee~ 

So, kejadian ni mungkin ada sesuatu disebaliknya yang mungkin kita tak tahu. Hanya DIA yang tahu kisah disebaliknya. aQ just mampu berdoa supaya anak dalam kandungan ni menjadi seorang insan yang  SOLEH, terdidik dengan ilmu-ilmu AGAMA dan menjadi insan yang BERGUNA di dunia dan di akhir nanti. InsyaALLAH..!~

Okey lah, stakat ni je yang mampu aQ share. Lain-lain story nanti aQ update ye! Doakan kesihatan dan keselamatan aQ dan baby ye kawan-kawan... LOVE U olls...


Sekian...~

....kini KEMBALI

Hai semua...


Agak dah lama jgk lah tak m'update blog kan?! Hurm...maklumlah..sejak dah masuk trimester ke-3 ni sudah tidak berapa nak larat menghadap lappy. So skunk ni kisah paling terbaru,  my hubby dh hantar balik kampung untuk bersiap sedia menunggu due untuk bersalin. 

Perasaan?!
*
*
*
Opkos la takut dan rasa agak seram sejuk. Sudah menjadi kebiasaan bagi mak-mak yang bru nk timang baby. Segala kelengkapan baby sume dah siap sedia. Cuma nak tggu kelahirannya saja. Saiz perut opkos dh membesar dan memboyot yang amat. Saiz badan tu tak usah cakap lah..dah macam belon udara pon. 

The good news is, due aQ ngn my lovely cat agak2 sma. Cuma nak tggu sapa dulu yang bersalin. Kami mmg sama-sama boolat macam belon. Mmg tak bleh nak disangkal lagi.

*
*
*
Salam Pantai Timur?!

Masa aQ sampai kampung 2 hari lepas ujan mmg xberhenti-henti berselang dengan angin kencang. Agak kencang actually..! Kata BABA, angin panggil air bajir tu. Ish.. risau jgk, kalau ditakdirkan baby nk t'kuar tyme banjir. Kampung aQ?! Mmg selalu bajir. tapi xsure la tahun ni naik tak airnya sbb benteng dh siap! Lau banjir pon syiok jgk. Dah lama tak maen air banjir..hihi...Doa-doa kan lah supaya baby selamat dilahirkan selepas atau sebelum banjir. Jangan tyme banjir sudah....HARUUUU....

OK lah readers...aQ stop sini dulu ye!~ Udah sakit pinggang ngadap lappy ni. Next tyme kita jumpe lagi.


LOVE u olls !~